Dah Tarik Saman Masih Menyalak, Puteri Sarah Dakwa Ada Yang Masih Mer0yan

Pelakon Puteri Sarah nampaknya mahu mengambil tindakan undang-undang didakwa kerana masih ada pihak yang membuka cerita mengenai dirinya.

Menerusi hantaran di Instagram Story, pelakon ini naik angin apabila netizen mengadu ada seorang individu masih mengeluarkan kenyataan meskipun saman sudah ditarik.

Kata pelakon ini, dia dan bekas suami Syamsul Yusof telah menyelesaikan masalah dengan cara baik dan kini bahagia dengan hidup masing-masing.

Namun, muncul pula seorang wanita entah daripada mana bercakap buruk mengenai mereka dan meroyan di ruangan ‘close friend’.

Dah tarik saman dah cukup baik, kau patut bersyukur tapi tidak. Masih nak menjaja cerita tak tahu nak publisiti ke apa. This time around no more mercy, see you in court terus.

Puteri Sarah berkata lagi, selain tindakan undang-undang, dia akan membuat laporan kepada majikan wanita tersebut. Pelakon ini juga melabel individu itu gila perhatian. Fuh!

Hubungan Puteri Sarah, Syamsul makin baik selepas bercerai

Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana, 38, berkongsi kenyataan beberapa individu yang mempertikaikan kerancakannya menjalani tugasan sebagai selebriti, biarpun masih dalam tempoh edah selepas bercerai talak satu dengan pengarah kontroversi, Syamsul Yusof pada 14 Jun lalu.

Bagaimanapun, finalis kategori Aktres TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 itu berkata, selepas meneliti bacaan mengenai tempoh edah, dia akhirnya memahami bahawa tidak menjadi masalah sekiranya keluar untuk memenuhi tuntutan kerja.

“Saya memang dalam tempoh edah, tetapi saya sendiri ada membuat bacaan mengenainya. Kalau suami meninggal dunia, barulah isteri perlu berkabung dan tidak boleh keluar rumah dan berhias.

“Macam saya, apa yang dilakukan ketika ini adalah tuntutan kerja.

Moga semuanya selesai, kami boleh bawa haluan masing-masing – Puteri Sarah

“Situasi saya pula adalah tempoh edah untuk wanita yang bercerai. Dalam masa tiga bulan, saya kena maklumkan kepada bekas suami sekiranya perlu keluar bekerja.

“Syamsul tahu saya bekerja, malah ketika ke Jakarta, untuk urusan kerja pun dia tahu,” katanya ditemui pada majlis pengumuman prakemuncak ABPBH 35 di The Agam, Jalan Sungai Penchala pada Selasa lalu.

Terdahulu, Puteri Sarah dan Syamsul bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 14 Jun lalu.

Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin Ilyas selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Sementara itu, Puteri Sarah berkata, dia kini sudah selesa menjalani kehidupan baharu, malah mengakui hubungan Syamsul dan anak-anak semakin erat.

“Ketika ini, saya sudah menjalani kehidupan baharu dan anak-anak pun sebenarnya dalam keadaan baik.

“Selepas apa yang berlaku, Syamsul lebih kerap berjumpa dan meluangkan masa bersama anak-anak, jadi hubungan baik-baik sahaja.

“Hubungan saya dengan Syamsul juga semakin baik dan kami tiada masalah. Kami selalu berhubung dan berkongsi mengenai perkembangan anak-anak,” katanya.

Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.

Kredit: Instagram Puteri Sarah