Wajah ibu arwah Nur Farah Kartini terlihat hiba, saksikan perjalanan terakhir anak dikasihi. Nur Farah Kartini Abdullah yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati di kawasan tidak jauh dari Felda Gedangsa, Hulu Selangor. Mayat Nur Farah Kartini ditemukan kira-kira 6 petang kelmarin dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.
Wajah Ibu Arwah Nur Farah Kartini Terlihat Hiba
Hari ini hari yang sangat hiba bagi ibunya. Perjalanan jauh dari Miri Sarawak malam semalam untuk menatap kali terakhir satu-satunya anak perempuannya, Nur Farah Kartini pasti tidak tergambar dengan kata-kata.
Dapat dilihat, wajah ibunya amat hiba dan agak sugul. Mungkin sama sekali tidak menyangka, anak kesayangan sudah tidak lagi bernyawa. Anak yang berdikari belajar dan kemudian bekerja, akhirnya hanya ditemui terdiam kaku tanpa sempat menuturkan sepatah kata akhir.
Wajah Ibu Arwah Nur Farah Kartini Terlihat Hiba, Saksikan Perjalanan Terakhir Anak Dikasihi
Wajah ibu arwah Nur Farah Kartini dilihat hiba. Hanya Allah yang mengetahui apa difikirkannya. Hiba menatap perjalanan akhir anaknya. Kredit :- Affan Fauzi/ BERNAMA.
Saksikan Perjalanan Terakhir Anak Dikasihi
Memetik laporan Sinar Harian, van membawa jenazah Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah dilihat bergerak keluar dari Unit Forensik Hospital Sungai Buloh di sini, kira-kira jam 2.14 petang.
Turut kelihatan mengiringi van jenazah daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu adalah beberapa kenderaan ahli keluarga dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Wajah Ibu Arwah Nur Farah Kartini Terlihat Hiba, Saksikan Perjalanan Terakhir Anak Dikasihi
Jenazah Nur Farah Kartini akan dibawa ke Masjid As-Syakirin, Kampung Tanjung Selangor, Pekan, Pahang dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, lewat petang ini.
Semoga ada keadilan buat arwah dan keluarganya redha dengan ujian ini. Al-Fatihah buat arwah Nur Farah Kartini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply