Trag3di water rafting… Tiga peserta ‘team building’ JKR M4ti l3mas, hanyut 4 kilometer

TIGA peserta yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita, maut selepas lemas ketika melakukan aktiviti berakit redah jeram (water rafting) di Sungai Kampar di Gopeng, Perak pada petang Jumaat.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 5.56 petang.

“Mangsa merupakan antara 22 peserta program team building daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Seberang Perai Tengah dan Langkawi serta enam pemandu pelancong yang turun ke kawasan sungai bermula petang 3.30 petang.

“Setibanya di lokasi, pasukan kami mendapati kesemua mangsa sudah dinaikkan ke tebing,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, laluan water rafting itu sepanjang enam kilometer dan mangsa dihanyutkan kira-kira empat kilometer perjalanan menyusuri sungai.

“Dua mangsa berjaya dinaikkan di tebing berhampiran Kampung Pintu Padang iaitu seorang lelaki dan seorang Wanita yang disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan.

“Mangsa ketiga pula dinaikkan berhampiran River Park turut disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan,” katanya.

Difahamkan mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kampar untuk tindakan lanjut.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*