SHAH ALAM – Polis mengklasifikasikan kes Muhammad Nidza Afham sebagai mati mengejut (SDR).
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, bedah siasat terhadap mayat pemuda berusia 23 tahun itu didapati tiada kecederaan fizikal.
“Punca kematian ‘pending laboratory investigation’ dan lain-lain kecederaan fizikal tiada.
“Siasatan diteruskan sebagai SDR,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat agar tampil menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Terdahulu, mayat Nidza Afham ditemui pemancing kira-kira pukul 7 malam iaitu kira-kira satu kilometer dari lokasi dilaporkan hilang di Jambatan Kota, Klang.
Mayatnya kemudiannya dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.
Nidza Afham sebelum ini dilaporkan hilang 7.45 petang semalam selepas keluar berjoging di Stadium Sulaiman di sini. – KOSMO! ONLINE
Laporan Terdahulu…
Kehilangan penyanyi, Nidza Afham Mokhtar sejak hari Selasa lepas, akhirnya terungkai apabila jasadnya ditemui pda hari Rabu, semalam.
Jasad Nidza sudah pun disahkan oleh ketua polis, apabila ditemui berhampiran Sungai Kolok, berdekatan Sungai Klang sekitar jam 7 petang.
Kini, jasad berkenaan sudah pun dibawa ke Hospital Shah Alam untuk urusan selanjutnya termasuklah post mortem.
Ahli keluarga abang kepada penyanyi Aufahanie ini juga dilihat sudah hadir di unit forensik Hospital Shah Alam malam tadi.
KENYATAAN KAKAK, IRFAHANIE
Dalam satu temubual, kakak Nidza iaitu Irfahanie berkata, adiknya seorang yang amat baik dan rapat dengan keluarga.
Jelasnya, handphone Nidza sudah diperiksa dan tiada apa-apa yang mencurigakan.
“Apabila menemui telefon bimbit dia, kami dah periksa, dan memang tiada sebarang unsur jenayah, mahu pun hutang atau pun benda yang pelik-pelik.”
“Arwah adik banyak habiskan masa di rumah sejak kebelakangan ini sebab dia sedang lalui proses pembedahan akibat kecederaan di bahagian lutut.”
Irfa juga memberitahu, mereka ada terjumpa satu nota yang ditulis Nidza di handphone, dan adiknya itu memasang niat untuk berkahwin.
Ini nota Nidza Afham di dalam telefonnya.
“Di dalam nota di telefon bimbit, ada perancangan untuk dia nak berkahwin tapi dia belum ada buat tarikh kahwin.”
“Selain itu, ada juga nota untuk belanjawan.”
Nota Nidza Afham memang tiada yang mencurigakan, dan ternyata impian untuk berkahwin sesuatu yang amat positif dalam hidup.
KENYATAAN ADIK, AUFAHANIE
Adik kepada Nidza iaitu Aufahanie merupakan seorang penyanyi yang sedang meningkat naik.
Kata Aufa, Nidza merupakan abang yang amat rapat dengannya.
Setiap hari mereka akan berhubung dan selalu update keadaan masing-masing.
“Abang ni orang yang amat baik. Dia amat rapat dengan saya. Dialah kawan saya nak gelak, kawn saya nak minta tolong, kwan saya menanyi bersama.”
“Dia amat rajin dan baik, selalu tolong saya.”
Diimbas kembali, Nidza dilaporkan hilang oleh keluarganya selepas keluar dari rumah selepas waktu Maghrib pada hari Selasa.
Nidza dikatakan pergi untuk berjogging dengan memakai baju biru glepa bernombor 56 di belakang.
Untuk info, career Nidza Afham sebagai penyanyi baru saja bermula dan pernah sertai rancangan realiti I Can See Your Voice musim 3, sebelum melancarkan lagu single berjudul Ternyata Bukan Aku dan lagu Tambah Satu Lagi.
‘Saya reda dengan pemergian Nidza Afham’
Mokhtar Mahmud, ayah kepada Allahyarham Muhammad Nidza Afham (gambar kecil) tidak dapat menahan kesedihan ketika tiba di Unit Forensik Hospital Shah Alam malam tadi. – Foto BERNAMA
KLANG: Ketika melaungkan azan, saya masih berharap anak saya masih ada, kata Mokhtar Mahmud, ayah kepada Allahyarham Muhammad Nidza Afham yang disahkan meninggal dunia petang semalam.
Mokhtar, 57, yang juga seorang guru di Sekolah Kebangsaan TTDI Shah Alam di sini itu berkata, dia melaungkan azan kira-kira jam 3 petang di jambatan dipercayai anaknya itu hilang.
“Saya reda dengan pemergian arwah anak saya. Semasa azan petang tadi, saya harap masa azan Nidza Afham dijumpai tadi.
“Tapi apabila anak dijumpai (dalam keadaan sudah tiada), saya redha saya harap Allah ampunkan dosanya,” katanya ketika ditemui di lokasi berhampiran mayat anaknya ditemui.
Mayat Nidza Afham ditemui berhampiran Jalan Tepi Sungai, Solok Sungai,Taman Telok Pulai Indah kira-kira jam 7 malam.
Mokhtar, berkata dia menerima panggilan berhubung penemuan itu kira-kira jam 7.30 malam ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Saujana Utama, Sungai Buloh.
“Salah seorang anak saya maklumkan yang polis ada menemui satu mayat dipercayai arwah. Allah sahaja yang tahu bagaimana rasanya ketika itu.
“Tibanya di lokasi, ahli keluarga mengesahkan bahawa jasad itu adalah anak saya berdasarkan wajah dan baju yang dipakainya.
“Itu memang Am (ketika diminta membuat pengecaman), anak lelaki saya,” katanya sebak.
Berkongsi keperibadian arwah, Mokhtar berkata anak kelima daripada tujuh beradik itu seorang anak yang baik dan sering membantu adik beradiknya.
“Saya sifatkan Am sebagai anak yang sangat mendengar kata dan tidak berat untuk membantu adik beradiknya yang lain. Kali terakhir saya menemuinya ketika menghadiri majlis perkahwinan seorang lagi anak lelaki bulan lalu.
“Kali terakhir saya berhubung dengan Am menerusi WhatsApp petang semalam. Ketika itu Am menyatakan mahu memberikan sejumlah wang saku kepada saya,” katanya.
Dalam pada itu, Mokhtar menyerahkan segala urusan berkaitan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut.
“Apa yang boleh saya katakan, Am sudah sudah ditemui, saya serahkan sepenuhnya kepada polis,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong ketika ditemui di lokasi penemuan memberitahu mayat mangsa ditemui seorang pemancing yang juga lelaki warga tempatan kira-kira dua kilometer dari lokasi jambatan.
“Siasatan lanjut masih dijalankan dan polis sedang menunggu hasil laporan bedah siasat hospital,” katanya.
Media sebelum melaporkan ini, Nidza Afham dipercayai keluar berjoging di Stadium Sultan Suleiman, Klang seorang diri sebelum kehilangan disedari pada jam 9 malam semalam.
Adiknya Afrina Hanie mendakwa kehilangan abangnya berkaitan dengan kes samun susulan kehilangan kad debit dan wang tunai manakala kad pengenalan, kad pelajar dan gambar disimpan dalam dompet tidak terusik ketika ditemui di atas Jambatan Sungai Klang.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply