“Tekap Seterika Di Kem4luan Arw4h, Itu Yang Saya Tak Boleh Terima” – Ibu Arw4h Zulfarhan

Sebelum ini Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain.

BACA: Enam Bekas Penuntut UPNM Dihukum Gantung Sampai Mati Bersalah Bunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan

Terbaru! Menerusi Tiktok Mingguan Wanita, ibu kepada mangsa, Hawa Osman meluahkan rasa kecewa terhadap enam orang pelaku yang didakwa penyebab kematian anaknya.

Bukan tu jer, ibu kepada arwah Zulfarhan itu berkata kematian mangsa telah memberi kesan terhadap anak-anaknya yang lain.

Saya rasa daripada dulu sepatutnya pembuli-pembuli ini dihukum gantung. 18 tahun itu tidak setimpal dengan penderitaan yang kami sekeluarga tanggung.

Adik-adiknya terganggu dari segi mental dan fizikal.

Keputusan tempoh hari membawa ketenangan kepada diri saya tapi saya mahukan mereka berenam dijatuhkan hukuman mati baru hidup saya tenang.

Hawa juga tidak boleh menerima tindakan mereka yang tergamak menekap seterika di kemaluan mangsa. Allahu..

Tekap seterika di kemaluan arwah, itu yang saya tak boleh terima. Dekat anggota tubuh yang lain tak apa tapi bila kemaluan..ia seolah-olah seperti nyawa seseorang.

Ibu arwah Zulfarhan juga meluahkan rasa terkilan selepas melihat jenazah anaknya yang ada banyak kecederaan.

Dia seorang yang pembersih, kalau dia nak balik ke sana (universiti) mesti dia gunting rambut, cukur misai dan janggut.

Tapi bila meninggal, dia kelihatan tak terurus. Itu yang membuatkan saya sangat sedih.

Bila di mahkamah semalam kami dapat tahu dekat kepala dia pun ada pendarahan dan dekat mata pun lebam.

Masa saya tengok jenazah, yang saya hanya nampak hanya kesan parut luka di kening.

Ya Allah ya tuhanku, masa aku lahirkan anak aku dia dalam keadaan sempurna

$$
Enam Bekas Penuntut UPNM Dihukum Gantung Sampai Mati Bersalah Bunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan
zulfarhan

Tujuh tahun lalu kita dikejutkan dengan kes buli sehingga membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain. Terkini, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Hukuman itu diputuskan tiga panel hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, yang bersidang bersama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin, selepas membenarkan rayuan silang pendakwaan untuk menghidupkan semula tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mereka yang dihukum gantung sampai mati ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Tertuduh sebelum ini didapati bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas dengan niat mencederakan Zulfarhan tanpa niat membunuh mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan dan mengenakan hukuman 18 tahun penjara.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*