Pernah putus cinta Kali ni Tk jadi Nikah, Sekali ni Mimi lana MuatNaik di lG

MAJLIS penikahan dan resepsi perkahwinan pasangan artis iaitu Syafiq Kyle dan Mimi Lana yang dijadualkan berlangsung pada 18 Ogos depan di Puncak Rimba, Bentong, Pahang dibatalkan.

Perkara itu disahkan oleh wakil pengurusan artis berkenaan iaitu Iman Tang dalam satu mesej ringkas yang dihantar kepada tetamu dan jemputan khas.

Mesej pembatalan itu dikirimkan melalui agensi pengurusan jemputan artis yang dilantik.

“Sava dan pihak pengurusan ingin mengumumkan bahawa majlis pernikahan dan resepsi Mimi Roziana dan Muhammad Syafig Shamim yang dijadualkan 18 0gos 2023 di Puncak Rimba, Bentong, Pahang telah dibatalkan atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.

Pasangan ini dilaporkan akan mengadakan majlis pernikahan dan resepsi di Puncak Rimba, Bentong, Pahang. “Mohon maaf atas segala kesulitan,” demikian mesej itu yang diantar kepada tetamu pada Jumaat.

Rakan-rakan artis dan jemputan yang menerima mesej pembatalan itu juga turut terkejut kerana majlis it hanya akan berlangsung dalam masa seminggu sahaja lagi.

Majlis akad nikah pasangan it sepatutnya diadakan pada sebelah pagi mengambil keberkatan Jumaat, penghulu segala hari sementara resepsinya pada sebelah malam berkonsepkan acara dalam taman.

Tetamu yang diundang perlu memenuhi tema majlis dengan kod berpakaian black tie, long suit atau evening dress. Usaha Star bagi mendapatkan kenyataan daripada Syafiq berhubung pengumuman itu tidak beriaya selepas aktor berkenaan tidak menjawab panggilan telefon.

 

View this post on Instagram

A post shared by MIMS (@missmimilana)

Mimi pula turut memuat naik puisi berbahasa
Inggeris tentang penghargaan terhadap wanita di Instagram miliknya.

Tapa sebarang kapsyen dan hanya meletakkan tanda noktah, Mimi turut menutup ruangan komen pada hantaran tersebut.

Pembatalan majlis istimewa ini mungkin disebabkan jadual kedua-dua mereka padat dengan penggambaran. Mimi ketika ini sedang menjayakan karya berjudul Headliners bergandingan dengan
Meerqeen.

Dalam pada itu pelakon Nabil Agil, individu yang mempunyai pertalian keluarga dengan Syafiq Kyle memaklumkan, pihaknya juga terkejut dengan berita itu.

Katanya, setakat ini tada siapa pun tahu punca pembatalan majlis it sebaliknya hanya keluarga terdekat sahaja yang lebih maklum mengenainya. “Saya terkejut dan agak sedih, tiada siapa yang tahu punca melainkan hanya keluarga,” ujarnya ringkas.

Sumber : Mstar