SURUHANJAYA Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) membantah hukuman gantung sampai mati ke atas enam pesalah kes bunuh Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Menurut Suhakam, mereka mengerti akan kesedihan yang dilalui keluarga mangsa, namun melihat hukuman berkenaan bukan satu penyelesaian yang adil dan berkesan.
“Walaupun kami dapat merasakan kesedihan dan keperitan keluarga serta mengiktiraf tahap keseriusan jenayah itu, Suhakam tegas dengan pendirian menentang penggunaan hukuman mati.
“Keputusan Mahkamah Rayuan ialah peristiwa yang menyedihkan dalam sejarah kehakiman negara,” ujar Suhakam dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurut Suhakam lagi, keputusan berkenaan bermakna para pesalah tidak mendapat peluang untuk menjalani proses pemulihan.
“Pemulihan boleh mengubah pesalah menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Pendekatan ini bukan sahaja menangani punca kelakuan ganas tetapi juga membantu mencegah kejadian berulang dengan menggalakkan persefahaman, empati dan tanggungjawab sosial dalam kalangan pesalah.
ARTIKEL BERKAITAN: Penulis surat layang lapor Zulfarhan didera bersuara, terkejut nota tulisan tangan tersebar – “Kita manusia hanya mampu ikhtiar”
“Sehubungan itu, Suhakam menggesa kerajaan mempertimbangkan semula penggunaan hukuman mati, sebaliknya berusaha ke arah membentuk sistem keadilan yang adil dan berperikemanusiaan,” ujar badan pemerhati hak asasi manusia itu.
Pada Selasa, mStar melaporkan enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dihukum gantung kerana membunuh Allahyarham Zulfarhan, tujuh tahun lalu.
Mahkamah Rayuan di Putrajaya mendapati kesemuanya bersalah dalam kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut UPNM itu dan memerintahkan mereka dihukum gantung sampai mati.
Enam tertuduh ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.
Allahyarham Zulfarhan didera dengan kesan lecur 80 peratus sebelum meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017
Penulis surat layang lapor Zulfarhan didera bersuara, terkejut nota tulisan tangan tersebar – “Kita manusia hanya mampu ikhtiar”
Muhammad Aiman (kiri) merupakan individu yang bertanggungjawab menulis surat layang berkenaan.
SURAT layang yang ditulis seorang individu sebelum Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain mati dibunuh pada tahun 2017 tular di media sosial sejak Selasa.
Pada Khamis, penulis surat itu, Muhammad Aiman Aufa Asmadi Affendi akhirnya bersuara dan mendedahkan dia tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar di media sosial.
“Setelah hampir lapan tahun, ni kali pertama saya tengok semula surat ini. Lepas saya letak tu, tak pernah tengok dah sampai sekarang.
“Tak tahu la macam mana boleh sampai ke orang awam. Apa-apa pun, al-Fatihah buat keluarga arwah. Kita manusia hanya mampu berikhtiar dan berusaha.
“Allah penentu segalanya, al-Fatihah,” ujarnya yang turut menjadi saksi pendakwaan kes pembunuhan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) itu.
Dia berkongsi perkara itu menerusi Intagram Story.
surat 2
Surat layang ini tular di media sosial selepas enam individu dihukum gantung kerana membunuh Allahyarham Zulfarhan.
Difahamkan, surat layang itu ditulis Muhammad Aiman bagi mendapatkan bantuan buat Allahyarham Zulfarhan sebelum dia meninggal dunia.
“Kalau ada hati perasaan, ada sifat perikemanusiaan, saya minta sangat-sangat pergi ambush bilik 4-10 Blok Satria (depan masjid). Dalam tu ada pesakit yang sangat-sangat perlukan rawatan segera. Segera!” tulisnya dalam surat itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Kes kematian Zulfarhan: 6 bekas penuntut UPNM dihukum gantung
Rata-rata pengguna media sosial turut memuji tindakan Muhammad Aiman meskipun ia gagal menyelamatkan Allahyarham ketika itu.
“Muka orang yang tulis surat layang kes Zulfarhan tu memang nampak baik dan ikhlas betul.
“Terima kasih kerana ada hati dan perasaan yang baik ketika itu.
“Salute, terima kasih orang baik,” tulis beberapa netizen.
Pada Selasa, mStar melaporkan enam bekas penuntut UPNM dihukum gantung kerana membunuh Allahyarham Zulfarhan.
Enam tertuduh ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.
Allahyarham Zulfarhan yang merupakan Pegawai Kadet Laut UPNM dikatakan didera dengan kesan lecur 80 peratus sebelum meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply