Anggap Anugerah itu tak ada apa2, Pelakon remaja ini luah ramai lagi artis hebat2

Memulakan karier lakonan sejak berusia empat tahun, pelakon remaja, Qistina Raisah, 15, mendedahkan dirinya sudah lama menyimpan hasrat untuk menggengam trofi bagi sesuatu anugerah.
Namun begitu, pemilik nama Nur Qistina Mohd Kamarul Azri menyerahkan segala kepada rezeki, apatah lagi ramai di kalangan selebriti senior masih belum memenangi sebarang trofi sepanjang penglibatan mereka dalam industri hiburan tanah air.
“Saya sangat teringin (anugerah) tetapi ia bergantung pada rezeki… ramai artis hebat lain pun tidak menang anugerah lagi,”katanya.

 

Anugerah tu tiada apa-apa pun… Qistina berkata, dia tidak kisah sekiranya tidak memenangi anugerah sekalipun dan menganggap ia ‘tiada apa-apa’ namun bersyukur sekiranya dikurniakan rezeki tersebut.
“Bagi saya anugerah itu ibarat itu sahaja, macam tiada apa-apa.
“Tapi, kalau dapat Alhamdulillah. Tak dapat pun tak apa sebab ia berbalik kepada rezeki,”ujarnya.

Dalam pada itu, bintang filem Rahsia menasihati para selebriti yang telah pun menerima anugerah untuk tidak memandang hina atau rendah kepada mereka yang masih belum mendapat pengiktirafan sebagai anak seni.
Katanya, setiap pelakon masih perlu belajar biarpun mereka telah menerima anugerah.
“Semua orang ada perasaan. Jangan hina atau pandang rendah kepada sesiapa yang dah menang anugerah atau sebaliknya.
“Siapa dah menang, itu rezeki. Tapi setiap kali berlakon, kita kena belajar lagi,”jelasnya.
Sumber : ohmy medla
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Related Posts