Baru je Ibu bawa telekung balik korea, Maryam dedah perubahan slepas bawa ibu ke masjid

Minggu lalu, hantaran Maryam You Narae mengenai ibunya yang ikut solat subuh sebelum balik ke Korea telah menarik perhatian ramai.
Seakan-akan menunjukkan minat mendekati agama Islam, ramai netizen mendoakan yang baik-baik termasuklah semoga hidayah menjadi milik wanita pertengahan usia itu.
Ibu duduk atas kerusi…Bila I berdiri, ibu berdiri, bila ramai macam, ibu ikut je… Alhamdulillah.
Paling mengharukan, rupanya ibu Maryam bukan sekadar menemani anaknya ke rumah Allah pada hari tersebut.
Siapa sangka secara diam-diam, dia turut ikut pergerakan sembahyang meskipun tidak begitu mengetahuinya. Influencer itu mendedahkan detik sebak bagaimana dia melihat ibunya berdiri dan duduk seperti jemaah-jemaah lain.

Lepas keluar dari rumah Allah, bila kata tenang…lbu percaya God is only ONE. Tambah selebriti media sosial ini, dia tidak pernah memaksa ibunya untuk ikut menunaikan solat.
Namun hatinya sebak setelah ibunya memberitahu merasa amat tenang selepas keluar dari rumah Allah itu. Jika sebelum ini ibunya bersifat terbuka dan tidak kisah Maryam mahu menganut agama mana, kini dia semakin berminat untuk belajar tentang Islam.

Bila ibu teringin nak dekati Islam, saya serahkan pada Maryam…Dia lebih dekat dengan ibu. Ryzal Ibrahim selain menantu juga meraikan dan menyambut balk minat yang ditunjukkan oleh ibu mentuanya.
Tentang penerangan mengenai Islam, dia menyerahkan hal itu kepada Maryam kerana hubungan anak beranak pastinya lebih dekat dan ibunya sudah tentu lebih mudah menerima penjelasan daripada anak sendiri.
Sumber : klsahdunla