Dahulu Popular Dengan Lagu `Kawan`, Keadaan Terkini Penyanyi Hebat Ini Menjadi Tanda Tanya!

KISAH peribadi dan status perkahwinan penyanyi Ruhil Amani dan suami iaitu Jamil Wilson menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat apabila ada mendakwa pasangan itu sudah bercerai.

Ruhil atau Ruhil Amani Hussin, 48, ketika diminta mengulas mengenai perkara itu bagaimanapun belum bersedia bercakap tentang soal berkenaan atas alasan peribadi.

“Saya faham orang ingin ambil tahu tetapi kalau boleh saya tak mahu bercakap tentangnya… Kalau sudah bersedia nanti saya akan beri kenyataan.

ruhil amani 2

Ruhil bersama dua orang anaknya.

“Ada sebab saya tak mahu berbicara soal peribadi,” katanya ketika dihubungi mStar.

Ruhil berkahwin dengan Jamil yang merupakan seorang pemuzik pada 2003 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ruhil Ariana Wilson, 19 dan Raayan Alexander Wildon, 12 tahun.

Selepas melahirkan Ariana, penyanyi yang popular menerusi lagu Kawan ini memilih fokus kepada keluarga dan memperlahkan karier seni.

Ruhil berkata, dia memilih memberi fokus kepada keluarga kerana tidak mahu terlepas peluang melihat dua anaknya membesar.

“Saya sudah mula menyanyi sejak usia 13 tahun dan zaman remaja saya tidak sama seperti orang lain… Apabila sudah dikurniakan anak, keutamaan saya berubah.

Ada sebab saya tidak mahu berbicara soal peribadi.

“Kalau saya terlepas melihat anak-anak membesar saya akan menyesal. Mendidik anak-anak biarlah sejak mereka kecil dan sebab itu saya perlahankan karier seni,” ujarnya.

Sementara itu, bercakap mengenai kemunculan semula dalam industri seni, Ruhil memberitahu masih menanti masa sesuai untuk melancarkan lagu baharu yang sudah siap dirakam.

Ruhil berkata, dia juga sedar penerimaan peminat kini mungkin tidak sama seperti mana kemuncak popularitinya pada era 1990-an namun berjanji akan memberi yang terbaik.

ruhil amani 3

Lagu Kawan masih lagi menjadi permintaan peminat sehingga kini.

“Saya aktif semula sekitar tahun 2018, tetapi selepas Covid-19 melanda perjalanan kerjaya agak perlahan dan show juga tidak banyak.

“Ada banyak lagu yang sudah siap dan hanya tunggu masa yang sesuai untuk dilancarkan. Buat masa sekarang biarlah saya simpan dahulu.

“Orang terima saya atau tidak itu terpulang kepada mereka. Saya hanya berikan terbaik seperti sebelum ini… Paling penting saya ikhlas untuk menyanyi dan tidak buat separuh jalan,” jelasnya.

Sumber Mstar….

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Related Posts