Kontroversi Diana Danielle Pegang Tangan Individu Misteri Akhirnya Terjawab

Baru-baru ini, pelakon Diana Danielle telah mencuri perhatian netizen di Instagram. Diana dilihat memuat naik beberapa foto dirinya ketika berada di sebuah restoran beserta kapsyen pendek dengan POV (point of view) kononnya sedang ‘dating’.

Saya pegang tangan Yien, itu tangan dia (sambil menunjukkan rakannya itu yang duduk di kerusi pemandu kereta yang dinaiki) semasa beredar dari mahkamah berikutan prosiding tuntutan hadanah yang terakhir.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa Diana sedang dilamun cinta dan tidak menghormati tempoh idah kerana memuat naik posting sebegitu.

Terdahulu, Hakim Syarie, Zulfikri Yasoa menetapkan hak penjagaan penuh dua anak, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8, diberikan kepada Diana.

Prosiding itu turut membenarkan Farid Kamil melawat anak-anak mengikut terma dipersetujui kedua-dua belah pihak.

Kemelut rumah tangga Farid dan Diana berakhir dengan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Subang pada 10 Ogos lalu. Lafaz cerai dilakukan Farid menerusi aplikasi Google Meet di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof.

Farid selaku defendan dalam kes lafaz cerai tidak dapat hadir ke mahkamah kerana tidak sihat akibat pasca Covid-19.