Isteri Syamsul Yusof sedang terima kifarah, Ira Kazar hanya tersenyum dalam video live Nilam – “Tapi aku tak boleh cakap lebih-lebih”

KEMUNCULAN Ira Kazar menerusi video siaran langsung yang dibuat isteri pelakon Azlan Komeng di TikTok menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan pengikut wanita berkenaan.

Susulan perkara itu, netizen meninggalkan pelbagai komen kurang enak sehingga isteri Azlan iaitu Nur Nilam Ortiz turut terkejut dengan reaksi penonton siaran langsung tersebut.

Nur Nilam turut meluahkan rasa pelik bagaimana selama ini Ira mampu berdepan dengan pelbagai kritikan pedas terhadapnya.

“Astagfirullahalazim… Jangan macam itu sayang (panggilan buat pengikutnya), kesayangan-kesayangan kakak semua jangan macam ini.

Nilam Iraa

Nur Nilam terkejut apabila ramai melemparkan kata-kata tidak baik kepada Ira.

“Aku macam… Macam mana kau (Ira) boleh hadap,” katanya semasa siaran langsung berkenaan.

Menerusi video tersebut dapat dilihat Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin, 28, yang memakai pakaian serba merah duduk di sisi Nur Nilam sambil bermain telefon.

Ira yang kelihatan tenang dengan segala komen buruk terhadapnya meminta Nur Nilam bertenang dan tidak mempedulikan kata-kata kecaman ditinggalkan netizen.

Dalam pada itu, Nur Nilam memberitahu Ira sedang menerima kifarah atau balasan atas perbuatannya sebelum ini.

Jelasnya, isteri kepada pengarah Syamsul Yusof itu juga sudah berlapang dada dengan ujian yang terpaksa dilaluinya tanpa memperincikan maksud di sebalik Ira sudah menerima kifarah.

“Itu yang aku cakap dekat dia… Kifarah itu ada tapi aku tak boleh cakap lebih-lebih.

TOP sarah - 1

Kontroversi melanda Puteri Sarah dan Ira mendapat perhatian ramai.

“Ira tengah mengalami kifarah sekarang bukan? Dia pun dah reda, bersyukur dengan apa Allah beri kepada dia.

“Dia terima, dia ikhlas… Insya-Allah. Kita doa yang baik-baik untuk dia juga.

Ira bagaimanapun tidak memberi sebarang reaksi terhadap kata-kata Nur Nilam dan hanya sesekali tersenyum sambil bermain telefonnya.

ira

Ira dan Syamsul berkahwin pada Januari lalu di Thailand.

Kenyataan tersebut menimbulkan rasa ingin tahu netizen sehingga memintanya bercerita lebih lanjut tentang kifarah diterima Ira.

Kisah antara Syamsul dan Ira sentiasa menjadi perhatian ramai sejak pengarah itu mengumumkan sudah bernikah dengannya di Thailand pada 5 Januari lalu.

Nama Ira sebelum itu hangat diperkatakan susulan dakwaan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Syamsul dan bekas isterinya iaitu Puteri Sarah Liyana.

Bagaimanapun kemelut rumah tangga antara Syamsul dan Puteri Sarah berakhir dengan lafaz cerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

sumber : mstar

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Related Posts