Akhirnya Nabila Huda dedah tindakan Nad Zainal selepas Nad Zainal blocked di medi social

Satu perkongsian di media sosial laman hiburan semalam telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen.

Dalam hantaran tersebut, pelakon Nabila Huda telah ditemu bual oleh media mengenai status persahabatannya bersama Nad Zainal selepas aktres itu ada memberi kenyataan bahawa dia ingin fokus kepada suami dan anak-anak sahaja pada ketika ini.

Nabila Huda sebelum ini ada meninggalkan komen di sebuah ‘page’ hiburan di mana dia bertanyakan siapakah Nad Zainal, adakah dia seorang pelakon.

Malah, dia turut menunjukkan bahawa akaun Instagram miliknya telah disekat oleh aktres itu.

Ia sekaligus menimbulkan tanda tanya terutamanya dalam kalangan peminat, sama ada masing-masing sedang bermasam muka dan sedang bergad0h.

Dalam temubual itu, Nad masih mengekalkan reaksi yang sama di mana dia tidak mengenali siapakah Nad Zainal.

“Saya masih berhubung dengan ibu dan bapa Nad, saya gembira dia kini sudah menemui kebahagiaan yang dia cari malah bakal melahirkan anak tidak lama lagi. Semuanya berkat doa dan pertolongan orang ramai ketika dia memerlukan sebelum ini” ujar Sherry ketika ditemui Kosmo.

Sebelum ini pelakon Sherry Alhadad juga ada ditanyakan mengenai hubungannya bersama Nad Zainal di mana dia memaklumkan bahawa mereka masih lagi berkawan.

Lihat klip video di bawah:

link video : Instagram

Sindir “Sahabat” Rakan Artis ‘Fake’ dan ‘Narcissistic’, sekali Ayat Sharifah Sakinah Curi Tumpuan Ramai.

Panas sejak semalam Sindiran mengenai kisah pelakon Nad yang didakwa ‘dilupakan’ kawan-kawan apabila aktres Nabila Huda secara terang-terangan berkata dia ‘tidak kenal’ siapa isteri kepada pelakon Ungku Ismail itu.

Hari ini, pelakon Sharifah Sakinah pula ada memuat naik satu hantaran di Instagram di mana dia seolah-olah menyindir Nad Zainal ketika pelakon itu dimasukkan ke hospital tidak lama dahulu.

“Dah boleh delete kot post ini. Saya jumpa awak di alam lain. Di situ tiada radar. Pemikiran narsistik awak, kata-kata palsu dan perbuatan ‘in denial’ akan jadi takdir awak.”

Dalam hantaran tersebut, Sakinah turut menyertakan tangkap layar TikTok yang didedikasikan kepada Nad Zainal sewaktu pelakon itu ditidurkan sementara akibat radang paru-paru sekitar bulan bulan Disember tahun lalu.

“Mari kita ketuk pintu yang sama. Membawa amin paling serius seluruh dunia. Untuk Nanad, awak kuat, awak istimewa dan disayangi. Kami di sini berdoa untuk awak, berharap dan tunggu awak sedar.” tulis Sakinah.

Terdahulu, Nad Zainal memaklumkan bahawa dia sudah tidak kisah mengenai sesiapa yang ingin berada di sampingnya kerana fokus utama dia pada ketika ini ialah suami dan anak-anak ketika mengulas mengenai persahabatannya dengan rakan-rakan selebriti yang lain.

Link Video : Instagram