Akhirnya jelas, dkwaan Kereta Kena Tarik dan gdai brg Berharga ini puncanya

Pelakon Lisdawati yang juga isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi menegaskan bahawa perkongsiannya sebelum ini yang mengatakan dia terpaksa bergolok gadai telah disalah ertikan.

Katanya, dugaan tidak diberikan tawaran lakonan dek kerana mengambil keputusan untuk menegenakan hijab selama empat tahun itu merupakan cerita inspirasi yang ingin dikongsikannya kepada umum.

“Empat tahun tak ada job itu adalah cerita inspirasi saya sendiri. Pengalaman berharga untuk saya ingat. Kuncinya adlah sabar.

 

View this post on Instagram

A post shared by Lisdawati (@lisdawati15)

“Saya percaya Allah uji sebab sayang. DIA uji sebab nak tengok saya bertahan atau tidak. Saya nak terns bertudung atau tidak. “Alhamdulillah saya pilih kekal istiqamah,” katanya.

“Diuji dengan masalah kewangan kami sepakat kekal bersama. Susah dan senang, Alhamdulillah. “Pengalaman kereta kena tarik itu ada. Itu saya tetapi bukan suami saya. Tapi alhamdulillah dapat balik sebab dah selesai (penulisan tidak jelas jadi masalah dekat saya).

“Itu adalah sebagai motivvasi untuk saya supaya menjaga bulanan dengan betul,” jelasnya. Perkara itu dikongsi Lisdawati atau nama penuhnya, Nisdawati Nazaruddin, 44, menerusi hantaran video di Instagram miliknya pada Khamis. “Saya berkongsi bukan sebab saya balk atau saya hebat. Tapi jika Tanya berguna, balk untuk diikuti, Alhamdulillah.

“Maaf atas kekurangan saya sebagai hamba Allah. Maafjika ada anda yang tak suka dengan saya. Say atidak mahu mencari musuh tapi saya mencarijalan yuntuk saya kembali kepada pencipta.

“Saya baca dan saya hadam semua mesej anda semua dalam hati. Saya serah semuanya kepada Allah. Semoga DIA memberi kebahagiaan buat anda semua,”ujarnya.

Terdahulu, Lisdawati mendedahkan dia pernah diuji tanpa sebarang tawaran berlakon selama empat tahun dek kerana dia mengambil keputusan untuk bertudung.

Sehinggakan, mereka suami isteri terdesak memerlukan wang sehingga terpaksa menggadai barangan berharga selain kereta ditarik pihak bank.

Sumber : xtra