SEORANG pemandu lori berusia 32 tahun ditahan susulan kemalangan yang mengorbankan penunggang motosikal di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, ia berlaku pada 8.34 pagi Sabtu.
“Pemandu lori sedang mengisi minyak brek kenderaan di tapak pembinaan apabila lori itu tiba-tiba mengundur dan merempuh pintu pagar keselamatan tapak.
“Lori itu masuk ke jalan utama dan melanggar penunggang berusia 32 tahun itu. Penunggang cuba mengelak lori itu tetapi tidak berjaya.
“Kesan rempuhan itu menyebabkan penunggangnya terhumban ke bawah salah satu tayar lori itu,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Zamzuri, penunggang itu maut di tempat kejadian dan pemandu lori ditahan untuk siasatan lanjut.
“Seorang lagi lelaki, yang turut memandu keretanya di jalan yang sama, mengalami kecederaan ringan di dahinya,” tambahnya.
“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya lagi.
Lori mengundur, polis tahan pemandu bantu siasatan
KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lori ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal di Jalan Kerinchi dari arah Jalan Pantai Dalam menghala ke Jalan Pantai Baru, di sini, pada Sabtu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kemalangan itu pada jam 8.34 pagi.
“Pemandu lori berusia 32 tahun berada dalam kawasan tapak pembinaan untuk mengisi minyak brek kenderaan itu.
“Ketika proses mengisi minyak brek, tiba-tiba lori mengundur sendiri, lalu melanggar pagar pintu keselamatan dan masuk ke jalan utama serta melanggar motosikal ditunggang lelaki berusia 32 tahun,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Mohd Zamzuri berkata, mangsa terjatuh dan terperosok di tayar belakang sebelah kanan lori itu dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Lori berkenaan juga melanggar sebuah kereta di laluan bersebelahan sehingga menyebabkan pemandunya luka di dahi.
“Pemandu lori sudah ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987,” katanya.
Terdahulu, satu video memaparkan lori bergerak mengundur secara tiba-tiba yang menyebabkan penunggang motosikal terjatuh ketika cuba mengelak kenderaan itu.
Lori itu turut melanggar sebuah kereta di laluan bersebelahan.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply