Lelaki Yang Dikatakan Diganggu Anak Pelakon Popular Tampil Jelaskan Cerita Sebenar

Kuala Lumpur – Umum mengetahui sejak semalam hangat diperkatakan mengenai anak kepada Norman Hakim dan Abby Abadi  iaitu Marissa Dania Hakim yang didakwa menjadi penyondol rumah tangga wanita bernama Misya.

Lelaki yang didakwa mempunyai hubungan istimewa dengan anak perempuan Abby Abadi dan bekas suaminya, Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim mendakwa gadis itu tidak berhenti mengganggunya.

Bekas isterinya mendedahkan perkara itu di aplikasi X menerusi satu rakaman video yang mendakwa lelaki itu sudah berusaha berubah tetapi gagal.

Dalam video itu menunjukkan lelaki terbabit sedang berbincang dengan keluarga bekas isterinya.

Dia juga berjanji untuk berubah, namun mendakwa gadis itu tetap datang kepadanya.

Bekas Suami Dakwa Terus Diganggu

Dia juga mendakwa sukar untuk melawannya dan mengatakan itu adalah kelemahannya.

Wanita terbabit turut menyifatkan bekas suaminya itu tiada belas kasihan terhadap dua anaknya dan dirinya yang masih bergelar isteri ketika itu.

Dia turut mendakwa mendakwa hubungan istimewa di antara bekas suaminya dengan Marissa kembali bertaut selepas putus cinta di sekolah.

“Ceritanya bekas bertemu bekas kembali. Cinta darjah enam berputik kembali,” tulisnya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila seorang wanita tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan bekas suaminya dengan Marissa.

Wanita terbabit menerusi satu hantaran di media sosial mendedahkan Marissa yang juga pempengaruh itu didakwa menjadi penyebab utama dia diceraikan suaminya.

Kredit : HM/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Related Posts