Ketua Polis Negara Beritahu Perkembangan Terkini Mengenai Kes Kem4tian Nidza Afham

Setelah sebulan lebih kematian penyanyi, Nidza Afham berlaku, kes tersebut masih kekal diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Menurut laporanĀ mStar, perkara tersebut ditegaskan oleh Ketua Polis Negara, Datuk Hussein Omar Khan, di mana beliau berkata tiada sebarang unsur jenayah daripada hasil siasatan pihak berkuasa.

Kes berkenaan kini hampir selesai dan tiada unsur jenayah. Siasatan menyeluruh kes itu masih dijalankan mengikut SDR.

Difahamkan, Hussein menjelaskan hal tersebut ketika ditemui oleh pihak media di Marathon Selangor Police Integrity 2024 yang berlangsung di Klang, hari ini.

Dalam pada masa yang sama, beliau turut memberitahu kertas siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

Sekadar info, selepas mayat Nidza ditemui di Sungai Klang pada 14 Ogos lalu, kes kematian arwah sememangnya menjadi perhatian ramai kerana difahamkan, arwah dilaporkan hilang selepas keluar beriadah di Stadium Sultan Suleiman

Rakaman CCTV Berdekatan Jambatan Mayat Arwah Nidza Dijumpai Akhirnya Diperoleh, 8 Individu Dipanggil Beri Keterangan
Oleh Megat Azri 17/08/2024

Terkini! Akhirnya satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kelibat penyanyi, Allahyarham Nidza Afham di kawasan bangunan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) berjaya diperoleh.

Menurut laporan mStar, rakaman itu bagaimanapun tidak menunjukkan perkara sebenar yang berlaku sehingga membawa kepada kematian Nidza dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Semakan rakaman CCTV itu, memaparkan arwah sedang berjalan dan menunjukkan dia sedang berjalan berseorangan menuju ke arah jambatan.

Bagaimanapun rakaman itu tidak nampak sehingga ke lokasi terakhir yang arwah dikatakan berada, jadi ia tidak melihatkan apa yang berlaku kepada arwah.

Hussien juga telah melakukan siasatan di sekitar Jambatan Kota di lokasi mayat Nidza ditemui selain siasatan untuk mengenal pasti arwah pernah mengalami masalah kesihatan mental ataupun tidak.

Lawatan saya ke lokasi berkenaan menjurus kepada beberapa perkara yang perlu disiasat melibatkan sebarang unsur jenayah berlaku, masalah peribadi serta mental.

Kita akan siasat sama ada arwah ada mengalami masalah dari segi keadaan mentalnya, atau dia ada gangguan serta pernah dapatkan sebarang rawatan mental sebelum ini.

Bagi tujuan siasatan, Hussien juga sahkan seramai 8 individu telah dipanggil untuk berikan keterangan. Semoga segalanya dipermudahkan untuk mengenal pasti punca kematian arwah.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*