Kematian Humairah bukan salah Reedzwann, keluarga anggap semuanya aturan Allah

IBU Allahyarham Nuraisyatul Humairah reda dan tidak pernah menyalahkan penyanyi Reedzwann susulan nahas jalan raya yang berlaku sehingga anak kesayangannya terkorban pada pagi Sabtu.

Noora Arshad sebaliknya berkata, segala yang berlaku merupakan ketentuan Allah SWT dan percaya ada hikmah atas apa yang berlaku.

“Kita sebagai orang Islam kena reda dengan apa yang berlaku. Sudah tentu saya sedih tapi kena kuat sebab apa yang berlaku adalah ketentuan-Nya.

size NP 1 - 2024-09-08T143522.639

Gambar ‘update’ arwah kepada keluarganya sebelum kemalangan berlaku.

“Memang Reedzwann rasa bersalah tapi saya kata semuanya sudah tertulis. Kita tidak boleh menidakkan perkara yang sudah diatur Allah.

“Ada sebab Allah ambil nyawa anak saya, kami sekeluarga tidak salahkan Reedzwann,” katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.

Jelas Noora lagi, dia sendiri sudah menganggap Reedzwann atau Muhammad Khairol Ridhuan Khairol Husni, 24, seperti anak kandungnya sendiri.

Malah dia dan suami sudah memberi keizinan kepada Reedzwann menjemput arwah untuk dibawa pulang dari pusat pengajiannya di Pulau Pinang ke rumah mereka di Puchong, Selangor.

“Reedzwann ini sudah macam anak saya sendiri. Dia dan arwah macam adik-beradik.

“Kalau ada isu kata mereka berdua-duaan ketika perjalanan, semuanya atas izin kami malah mereka sentiasa update saya atau suami,” jelasnya.

Bercakap mengenai Allahyarham, Noora memberitahu Humairah seorang anak yang baik dan tidak pernah menyusahkan mereka sebagai ibu bapa.

Dedahnya, beberapa hari lalu juga, Humairah ada mengirimkan sedikit wang untuk dibelanjakan.

“Saya bangga Allah ambil arwah dalam keadaan baik. Humairah anak harapan kami dan tak pernah menyusahkan kami berdua.

“Selama 20 tahun ini dia memang tak pernah susahkan kami malah tiga hari sebelum dia pergi, dia ada beri kami duit belanja.

“Dia hanya minta kami doakan rezekinya selepas ini semakin bertambah,” katanya.

size NP 1 - 2024-09-08T143942.060

Arwah merupakan anak harapan keluarga.

Pada pagi Sabtu, kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu Reedzwann berlanggar dengan sebuah lori di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, Perak.

Akibat kejadian itu, Humairah atau Nuraisyatul Humairah Mohd Radzi, 20, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, Reedzwann bersama mangsa sedang dalam perjalanan dari Jelutong, Pulau Pinang menuju ke Puchong, Selangor.

Kejadian tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*