Keluarga kepada seorang kanak-kanak 7 tahun maut dirempuh kereta mewah meminta bantuan orang ramai untuk berkongsikan kisah tersebut bagi menuntut keadilan buat mangsa dan keluarga.
Menerusi satu hantaran di TikTok, seorang gadis yang dipercayai keluarga kepada kanak-kanak 7 tahun yang bernama Naura itu memohon kepada orang ramai untuk menyebarkan kes itu agar pelaku dapat ditahan.
Kanak-kanak 7 tahun maut dirempuh kereta mewah
Pada masa yang sama, gadis itu turut berkongsi kejadian berlaku ketika Naura yang membonceng motosikal bersama kedua ibu bapanya dirempuh di Jalan Puchong menghala Bukit Jalil.
“Assalamualaikum, saya nak minta bantuan anda semua untuk share sampai kami jumpa pelaku yang langgar Naura pada 15 November 2024.
“Insiden berlaku semasa keluarga mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah menaiki motosikal di Jalan Puchong menghala ke Bukit Jalil, depan Pavilion Bukit Jalil jam 9.50 malam.
“Mangsa berusia 7 tahun, telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Keluarga tuntut keadilan kanak-kanak 7 tahun maut dirempuh kereta mewah
Dalam pada itu, gadis itu turut berkongsi foto Naura yang merupakan permintaan terakhir dari kanak-kanak itu sebelum kejadian berlaku.
Selain itu, gadis itu turut memuat naik beberapa foto lain memaparkan ramai ahli keluarga mereka yang lain turut datang meratapi pemergian Naura.
Susulan daripada kejadian itu, gadis tersebut telah memulakan #justicefornaura sebagai usaha untuk menuntut keadilan buat Naura.
Terdahulu, tular sebuah video kamera papan pemuka (dashcam) berdurasi 29 saat memaparkan motosikal terbabit dirempuh sebuah kereta mewah jenis BMW.
Pada video tersebut, kelihatan motosikal yang dirempuh itu terjatuh ke atas jalan raya manakala pemandu kereta mewah itu pula memecut laju meninggalkan tempat kejadian.
Bagaimanapun, pemandu kereta mewah itu kemudian seperti mengubah fikiran dan memberhentikan keretanya sebelum rakaman video berakhir.
Video kanak-kanak 7 tahun maut dirempuh kereta mewah
Memetik laporan Berita Harian, pemandu kereta mewah itu telah hadir ke Balai Trafik Kuala Lumpur bagi membuat laporan berhubung kejadian pada hari tersebut.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata lelaki tempatan berusia 31 tahun itu dibebaskan buat masa ini.
Pembebasan itu dilakukan dengan jaminan polis sementara kertas siasatan dilengkapkan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sumber: TikTok hjy.47, Berita Harian (Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil)
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply