Pertahankn perkahwinan 28tahun tp brakhir dgn lafat talak, Ini kata2 ibu Miera Liyana

KEMELUT rumah tangga antara suami pelakon Miera Liyana iaitu Rosland Othman dengan isteri pertama, Adibah Abd Mutalib berakhir apabila mereka sah bercerai talak satu.

Rosland, 50, melafazkan talak di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Siti Noraini Mohd Ali pada pukul 10.50 pagi, Khamis.

Sebelum lafaz cerai dibuat, hakim membacakan hasil perbincangan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) yang dibuat kedua-dua pihak pada 13 Julai lalu.

 

Adibah reda diceraikan. Rosland dikatakan memilih untuk bercerai atas alasan tiada persefahaman dan tawar hati dengan tindakan Adibah kerana membuat kenyataan berhubung perkahwinan mereka sebelum ini.

Sementara itu, Adibah ketika ditemui media di perkarangan mahkamah enggan memberikan sebarang komen berhubung penceraian itu.

Rosland boleh berjumpa anak bila-bila
masa. Peguam syarie mewakilinya, Mohd Junid Ramli memberitahu pihaknya akan meneruskan prosiding mahkamah bagi kes hadanah dan perkara lain berkaitan.

“Adibah masih terkejut dan tidak mahu memberi komen. “Kami akan terus lawan untuk kes selepas ini,” katanya kepada pemberita.

 

Rosland pula dilihat bergegas pulang tanpa memberi sebarang komen.

Dalam pada itu, ibu Miera Liyana iaitu Aisyah Abdullah yang turut hadir sama memaklumkan pihaknya akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat.

“Kami akan adakan sidang media,” ujar ringkas.

Sumber : Mstar