Jen4z4h Nur Farah Kartini selamat dikebvmikan di Pekan

Pekan: Jenazah Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah selamat dikebumikan pada 5.20 petang di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, di sini hari ini.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Nur Farah Kartini selamat tiba di tanah perkuburan kira-kira jam 5 petang.

Kira-kira 400 orang termasuk ahli keluarga Allahyarham hadir.
Turut hadir wakil Kerajaan Pahang, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Datuk Mohamad Nizar Najib.

Sebelum itu, suasana hiba di tanah perkuburan apabila orang ramai terutama penduduk kampung di sekitar Kampung Nyiur Manis turut sama ke tanah perkuburan untuk pengebumian.

Isnin lalu, mayat Nur Farah Kartini ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor pada 6 petang, selepas dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu.

Media melaporkan Nur Farah Kartini hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati dipercayai dibunuh individu dikenalinya.
Berikutan itu polis menahan seorang lelaki yang juga anggota polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*