Ini Kata-Kata Engku Emran Lepas Ada Netizen Perli Beliau Bercerai Dengan Noornabila

Kuala Lumpur – Usahawan popular, Noor Nabila akhirnya menjawab desas desus hubungannya dengan suami, Engku Emran yang dikatakan retak menanti belah.

Menurut Nabila, mereka kini dalam proses bercerai dan akan diputuskan dalam masa terdekat.

Keputusan untuk berpisah diambil selepas suaminya keluar daripada rumah awal Januari lalu.

Terbaru, Engku Emran menerusi satu hantaran di Instagram berkata, dia berasa bertanggungjawab untuk memberi respon berkenaan isu ini untuk mengelakkan fitnah yang tidak terkawal.

Katanya lagi, dia mempunyai sebab tersendiri mengapa tidak memberi sebarang komen mengenai khabar angin atau gosip yang bertebaran sebelum ini.

Reaksi Engku Emran

Bapa kepada seorang anak ini mengingatkan orang ramai supaya tidak meninggalkan komen menampakkan diri tidak bijak.

Apatah lagi meninggalkan komen seperti kenal seseorang itu sedangkan langsung tidak kenal.

Emran meminta orang ramai menjaga adab dan menghormati dirinya termasuk Nabila. Dia dan Nabila tidak pernah mengacau hidup sesiapa namun apa yang berlaku adalah ujian daripada Allah SWT.

Jelasnya lagi, mereka sudah melalui tiga perkahwinan dan sudah tentu tahu apa yang dimahukan dalam hidup.

Dia sendiri pernah memberitahu Nabila bahawa tiga perkahwinan ini bukan bermakna gagal tetapi ianya sudah ditakdirkan.

Di akhir hantaran, Emran berharap orang ramai dapat menghormati waktu-waktu sukar mereka ketika ini. Dia juga mengharapkan doa orang ramai supaya semua urusan dipermudahkan Allah SWT.

Kredit : OM/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Related Posts