Ibu Nora Ariffin Meninggal Dunia

Penyanyi Datuk Nora Ariffin memaklumkan bahawa ibunya iaitu Datin Hajjah Wan Azizah Wan Ismail telah kembali ke rahmatullah hari ini.

Rasa sedih dan dukacita

Menurut Nora, jenazah arwah akan dibawa ke Masjid Muhammadi Kota Bharu dan solat jenazah akan diadakan selepas Isyak nanti.

Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Assalamualaikum wbr dengan rasa amat sedih dan dukacita dimaklumkan bahawa Bonda tersayang, Datin Hajjah Wan Azizah binti Wan Ismail telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Al-Fatihah.

Sumber: Nora

Nora Ariffin Kongsi Video Dua Sifat Isteri Yang Allah Tak Pandang, Netizen Komen ‘Terima Kasih Tolong Ingatkan’

Di Instagram, penyanyi Datuk Nora Ariffin memuat naik sebuah video mengenai ‘dua sifat isteri yang Allah tak pandang’.

Tak pandai berterima kasih

Menerusi video tersebut, antara dua sifat isteri yang Allah tidak akan pandang ialah tidak pandai berterima kasih dengan suami.

Allah tidak akan memandang kepada seorang isteri yang ada dua sifat ini. Pertama, tidak pandai berterima kasih dengan suami. Jangan cakap soal dulu ke sekarang, selama-lamanya. Mungkin ada yang kata dulu pandai terima kasih, sekarang ni je. Tengok perangai dia pula.

Ustazah sedih baca hadis tu sebab, Allah tak pandang wanita itu, isteri itu kenapa? Dia tak pandai berterima kasih. Apa pun yang suami kita buat, yang suami kita bagi, yang suami kita usahakan, kecil atau besar pada pandangan kita, kita wajib terima kasih. Wajib hargai supaya dipandang oleh Allah. Bukan buat sebab suami bertambah sayang.

Selain tidak pandai berterima kasih dengan suami, sifat merasakan suami tidak berguna juga salah satu golongan yang Allah tidak akan pandang.

Yang kedua, wanita yang rasa suami dia tak berguna. Hati-hati tuan puan sebab tu ustazah kata berderau juga darah baca sebab apa, kot lah terlebih berdikari, duit ada sendiri, jawatan ada, semua ada lalu datanglah idea aku boleh hidup tanpa suami.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*