Gara-gara elak patung penyu atas lebuh raya, seorang peserta Program Himpunan RXZ Members 6.0 maut selepas motosikal ditungganginya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 270.1, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Perasing, di sini, hari ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 11 pagi.
Mangsa dikenali Mohamad Firdaus Abdul Rashid, 29, yang berasal dari Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian berikutan kecederaan di kepala.
Elak patung penyu atas lebuh raya
Sementara itu, seorang lagi mangsa, Muhamad Syafiq Abdul Halim, 29, yang juga peserta program himpunan tersebut yang turut terlibat dalam kemalangan itu mengalami kecederaan parah.
Mangsa dari Bandar Baru Serting, Negeri Sembilan mengalami cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang untuk menerima rawatan.
“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kedua-dua motosikal jenis Yamaha RX-Z yang ditunggang kedua-dua mangsa mengelak patung penyu yang berada di laluan sebelah kiri lebuh raya.
“Ketika mereka masing-masing mengelak patung itu, motosikal mereka bergesel dan terbabas,” katanya.
Difahamkan, ketika kejadian kedua-dua mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke kediaman masing-masing selepas menghadiri program himpunan RXZ itu di Kuala Nerus.
Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, Program himpunan motosikal RXZ Members 6.0 yang berlangsung selama dua hari pada Jumaat hingga Sabtu lalu di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak di sini merekodkan penyertaan lebih 40,000 peserta.
RXZ Members 6.0: ‘Tunggu notis saman daripada polis’ – KP Terengganu
Mohd Khairi (kiri) menyampaikan hadiah cabutan bertuah berupa motosikal RXZ kepada peserta Himpunan RXZ Members 6.0 hari ini. – Foto NSTP/Baharom Bakar
KUALA NERUS: Peserta RXZ Members 6.0 yang dikesan melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas diminta menunggu notis saman yang akan dihantar oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin, berkata notis saman atas pelbagai kesalahan termasuk motosikal tidak mempunyai cermin sisi kiri dan kanan serta ekzos bising akan dihantar terus kepada pemilik motosikal melalui alamat pada pendaftaran kenderaan.
Katanya, secara keseluruhan, polis negeri berpuas hati dengan susun atur dan perjalanan program disebabkan kerjasama baik antara pihak penganjur dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Pada pemantauan dan pemerhatian, kita dapati masih ada peserta gagal mematuhi peraturan lalu lintas ditetapkan.
“Kita sengaja tidak mengeluarkan saman secara terus kepada peserta yang melakukan kesalahan kerana bimbang akan berlaku kesesakan,” katanya kepada media di sini, hari ini.
Terdahulu, Mohd Khairi menyampaikan hadiah cabutan bertuah sebuah motosikal RXZ kepada peserta sempena Majlis Perasmian Penutup Himpunan RXZ Members 6.0 di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, hari ini.
Majlis perasmian penutup itu disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Mohd Khairi berkata, walaupun saman tidak dikeluarkan secara terus, selain tiada sekatan jalan raya, polis mempunyai bukti kesalahan dilakukan peserta RXZ melalui rakaman gambar dan video.
Mengulas jumlah kemalangan jalan raya yang berlaku membabitkan peserta RXZ Members, Mohd Khairi berkata, tiada insiden kemalangan atau kecurian motosikal dilaporkan.
“Bagaimanapun, polis menerima antara tiga dan empat laporan membabitkan penipuan rumah inap desa kepada peserta program.
“Kita sudah membuka kertas siasatan selepas menerima laporan itu,” katanya.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply