Noor Nabila, Engku Emran tidak lagi bersama, dalam proses penceraian

Noor Nabila, yang merupakan kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila akhirnya berbicara tentang kisah rumah tangganya yang sekian lama menjadi tanda tanya orang ramai.

Kata Nabila, dirinya dan suami, iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin akan berpisah tak lama lagi.

Wanita berumur 39 tahun ini mengesahkan hal berkenaan menerusi satu kenyataan di Harian Metro hari ini.

Jelasnya, hasrat perpisahan itu diluahkan oleh suami setelah keluar dari rumah pada bulan Januari awal tahun ini.

Kini Nabila dan Engku Emran sedang dalam proses penceraian.

“Kami berdua kini dalam proses perceraian dan akan diputuskan dalam masa terdekat ini.”  

“Emran telah menyatakan keinginannya untuk bercerai setelah dia keluar dari rumah pada awal Januari lepas.”

“Syukur alhamdulillah semasa dia beagi tahu hasratnya untuk berpisah itu, kami dah berbincang dengan baik dan secara tenang. Saya terima segala keputusan yang ditentukan dengan reda serta hati terbuka.” 

Nabila menambah, soal jodoh ini merupakan satu ketentuan dari Illahi.

“Tentang jodoh ajal maut ni ianya merupakan aturan Allah.” 

“Tak ada siapa yang berkahwin mahu bercerai malah saya juga impikan perkahwinan yang bahagia dan berpanjangan.” 

“Akan tetapi sebagai manusia kita tak dapat nak lari dari ujian dan dugaan termasuklah alam rumah tangga.” 

“Saya dah lakukan yang terbaik sepanjang kami berkahwin.” 

“Sepatutnya sebagai pasangan suami isteri, haruslah saling berkorban dan sentiasa ada untuk satu sama lain dalam apa jua keadaan. Namun malangnya kami berdua tidak mampu jadi pasangan seperti itu.” 

“Masalah kami dah lama dan berpanjangan, oleh itu kini saya serahkan pada takdir, saya yakin ini aturan untuk saya dan juga anak.”  

Itulah kenyataan dari Noor Nabila tentang status terkini rumah tangganya dengan Engku Emran yang dibina sejak tahun 2021.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Related Posts