Pelik knapa diceraikn pdahal ikut cakap suami, Adibah akhirnya umum ini

Biarpun kisah penceraian Adibah Abdul Mutalib dan Rosland Othman sudah pun diperkata ramai minggu lalu, namun ia masih menjadi bualan hangat di laman media sosial.

Difahamkan dari laporan Harian Metro, Adibah yang dulunya madu kepada pelakon, Miera Liyana berkata dia reda dengan perpisahan ini, namun jauh di sudut hatinya, dia masih tertanya sebab diceraikan oleh suami.

Saya percaya Allah juga mahu memberikan yang terbaik untuk saya dengan semua yang berlaku ini walaupun saya tidak tahu apa kesalahan diri yang sebenarnya hingga membawa perceraian.

Dalam pada masih ‘tertanya’ dengan hubungan yang sudah dibina selama 28 tahun terputus sekelip mata, wanita itu tetap akan kuat dan akan bangkit semula.

Menurutnya, dia sangat bersyukur mempunyai anak-anak, keluarga serta kenalan rapat yang sering memberi sokongan positif.

Sekadar info, Khamis minggu lalu, Adibah dan Rosland dilaporkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sumber : Beautifulnra

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Related Posts