Kerap kongsi bahagia poligami, Ini Reaksi Zarina bila tahu ND lala psang dua

Sedia maklum, ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Datin Fauziah memaklumka di Instagram bahawa suaminya, ND Lala telah pun melafazkan talak melalui aplikasi WhatsApp.

Isu tersebut bukan saja meraih perhatian netizen, malah pelakon Zarina Zainuddin turut meninggalkan respon dengan menitip kata-kata semangat buat Fauziah.

Dalam pada masa yang sama, Zarina turut mendoakan agar ibu Shila Amzah bahagia bersama anak-anak.

Sekadar info, Fauziah membuat pengakuan pada pihak media bahawa dirinya digantung tidak bertali sejak tahun 2022 oleh ND Lala, bahkan sudah rasa tidak dihargai sejak 10 tahun kebelakang.

Sebelum itu “Saya dah cuba dan ikhtiar, saya dah berjuang macam-macam. Dah penat berjuang seorang diri.

“Sekarang sampai masanya untuk lepaskan dia. Bukan tanda mengalah tapi saya dah tak kuasa. Siapa nak ambil-ambillah.”

Demikian pengakuan Fauziah Sarman berkenaan kesudahan rumah tangga dengan suaminya, Datuk ND Lala ketika ditemui.

Sumber : Beautifulnra