‘Cerminlah Diri’- Fauziah Dedah, ND Lala Berfoya-foya Dengan Isteri Baru Dari Hasil Dari Titik Peluh Anak

Fauziah Sarman iaitu bekas isteri penyanyi dan pelakon era 1980-an, Datuk ND Lala mendakwa bekas suaminya itu pernah lama tidak bekerja suatu ketika dahulu . Pada masa yang sama  berfoya-foya bersama isteri baru dengan hasil titik peluh anak.

Fauziah mendedahkan hal ini menerusi beberapa rantaian kenyataan dalam ruangan komen di instagram peribadinya @mamazie68.

“Tiada rasanya keluarga yang tidak akan bergaduh jika hak kami diusik. Tanyalah diri berapa lama nafkah saya diabaikan. Cerminlah diri, bertahun tahun pagi petang main golf dan berfoya-foya dengan isteri baru.

“Kena sedar, kehidupan yang terbina sekarang hasil dari titik peluh seorang anak yang tidak pernah berkira untuk keluarganya. Tetapi janganlah sampai menghabiskan dan bersenang-senang dengan rezeki yang dicari oleh anak,” luahnya, semalam.

Kata Fauziah, bukanlah niatnya untuk membuka aib bekas suaminya, namun dia merasakan pelu tampil memberi penjelasan kepada umum.

Terdahulu, Fauziah telah berkongsi gambar dari video yang dibuat oleh ND Lala. Dalam video itu ND Lala mendakwa bekas isterinya menipu dan sebarkan berita palsu.

“Berhentilah menipu, berhentilah buat cerita palsu. Berapa lama nak menipu, akhirnya orang akan tahu? Kebenaran akan menang.”- kata ND Lala dalam video tersebut.

Fauziah dan ND Lala mendirikan rumah tangga pada 19 Oktober 1989. Selain Shila, 33, mereka dikurniakan tiga cahaya mata lain iaitu Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25.

sumber murai