TANPA perlu tinggal sebumbung, adik-beradik ipar juga boleh menjadi ‘ancaman’ dalam rumah tangga yang dibina oleh suami isteri.
Hakikat yang pahit untuk ditelan, namun itulah yang dialami oleh seorang wanita mengenai sikap adik ipar lelakinya.
Bukan isu kecurangan seperti yang diangkat dalam filem Indonesia, Ipar Adalah Maut yang kini menjadi bualan ramai, sebaliknya tentang busuk hati darah daging sendiri.
Sebagai ketua keluarga, suami bertanggungjawab menyara kehidupan keluarga. -Gambar hiasan
Menurut seorang wanita, perkahwinannya bersama suami bahagia sehinggalah urusan rumah tangga mereka dicampuri adik iparnya.
Ini termasuklah hal kewangan yang membabitkan komitmen yang ditanggung mereka setiap bulan.
“Kenapa aku kena bayar separuh-separuh dalam isu rumah dan kereta sedangkan suami aku bersetuju nak bayar.
“Adik ipar aku cakap pada suami aku, ‘tak kan semua benda kau nak bayar‘,” katanya menerusi satu luahan di laman X.
Dia bersetuju, tapi dia mampu ke?
WARGA MAYA
Masih tidak berpuas hati, adik iparnya terus mempengaruhi abangnya sendiri supaya mengadakan perbincangan mengenai agihan dari segi bayaran komitmen bulanan.
“Adik ipar minta suami bincang dengan bini untuk bayar separuh-separuh,” ujarnya.
Walaupun kehidupan mereka tidak semewah seperti pasangan lain, namun dia bersyukur kerana masih mampu meneruskan hidup bersama dengan bahagia.
Wanita itu mengakui hubungannya bersama suami bahagia. -Gambar hiasan
Pada masa sama, dia tertanya-tanya kenapa sikap adik ipar lelakinya begitu sedangkan sebagai suami, sudah tentulah perlu bertanggungjawab sebagai ketua keluarga.
“Rumah tangga kami bahagia je selama ni walaupun hujung bulan dah kering. Dia lupa agaknya adik dia tu lelaki?” katanya lagi.
Luahan wanita itu mendapat pelbagai reaksi warga maya di ruangan komen, dan segelintirnya mempersoalkan sama ada suaminya benar-benar mampu untuk menanggung sepenuhnya atau tidak.
“Dia bersetuju, tapi dia mampu ke?
“Hujung bulan kalau suami kau kering, logiklah bayar bil-bil semua. Tapi yang kau pun kering sekali tu aku pun pelik.
“Sebenarnya lelaki dia yang kering. Bukan dia yang kering,” komen warga maya.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply