Pelakon, Zara Zya tampil dengan busana serba hitam dengan ‘cutting’ baju yang menampakkan bentuk badannya telah mengundang perhatian netizen.
Menerusi Tktok, Zara Zya memuat naik satu video menunjukkan dirinya sedang ‘catwalk’ sambil memperagakan busana, tudung serta sarung tangan dengan warna yang sama.
Kalau korang tengok ruangan komen, ramai yang menganggap bahawa bentuk badan pelakon itu sebagai ‘body goals’ sampai ada yang minta tip daripada Zara untuk dapatkan bentuk badan ideal sepertinya.
Bukan tu jer, ramai juga yang memuji pelakon itu sangat cantik walaupun usianya sudah lebih dari 40 tahun.