Bapa MK K-Clique Meninggal Dunia

created by photogrid

Bapa kepada penyanyi rap MK iaitu Hamdan Abdul Razak disahkan meninggal dunia pada pagi Ahad.

Mohon sedekah Al-Fatihah

Berita kematian tersebut dikongsikan oleh MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin menerusi akaun Instagram miliknya sebentar tadi. MK memohon doa orang ramai agar Alllahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk bapa saya. Ya Allah, Ya Rabb, tempatkanlah Hamdan Abdul Razak dikalangan orang-orang yang beriman.

Setakat artikel ini ditulis, MK tidak memberitahu mengenai punca kematian ayahnya.

Sumber: MK

Dah lama pasang niat, MK K-Clique rancang bawa keluarga ke Tanah Suci selepas Aidilfitri

MK tidak mahu niat ibadah ke Tanah Suci dianggap sebagai menunjuk-nunjuk.

PENYANYI rap MK dari kumpulan K-Clique merancang untuk membawa ahli keluarganya mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah selepas sambutan Aidilfitri nanti.

Kata MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, dia juga amat teruja untuk ke sana kerana telah lama memasang niat dan bakal menjadi pengalaman pertama yang tidak mungkin dilupakan.

“Saya tak nak kongsi sebenarnya sebab tak mahu orang bercakap. Perkara belum jadi. Saya pun tak tahu niat ini mungkin akan bertukar.

MK 1

MK mahu gembirakan kedua ibu bapa dengan membawa mereka mengerjakan umrah.

“Niat saya untuk beribadah, jadi tak mahu kalau perkara ini dihebohkan orang salah tafsir.

“InsyaAllah lepas raya akan bawa semua ahli keluarga ke sana. Setakat ini masih lagi mencari pakej yang bersesuaian,” katanya kepada mStar.

MK menjawab perkara tersebut selepas desas-desus mula timbul kononnya dia sudah menghubungi beberapa agensi umrah untuk bertanyakan harga.

Penyanyi ini ditemui ketika majlis pelancaran koleksi baju Melayu jenama Armaan yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu.

Bercakap tentang sambutan Ramadan kali ini, MK mahu mengurangkan tawaran kerja dan lebih memberi fokus kepada amalan ibadah lain selain berpuasa.

“Memang ada tawaran berlakon, tapi belum ada keputusan lagi. Rasanya tahun ini saya mahu berehat dan memberi fokus kepada ibadah sepanjang bulan puasa.

“Saya pun tak tahu tahap kemampuan untuk bekerja di bulan puasa. Jadi lebih baik berehat di rumah sahaja.

“Tambah pula usia semakin meningkat. MK yang yang dulu bukan MK yang sekarang,” jelasnya.

Bercakap tentang kolaborasi dengan Armaan, penyanyi lagu Mimpi ini menafikan menerima bayaran tinggi daripada usahawan berasal dari Jitra, Kedah itu.

mk3

MK dilantik sebagai duta koleksi raya Armaan.

Menurutnya ini adalah peluang untuk dia membantu lebih ramai peniaga melonjakkan promosi produk mereka dan tidak hanya memilih jenama popular.

“Sekarang ini harga kenalah ikut komitmen saya terhadap sesuatu produk. Tidaklah terlalu tinggi sebab saya rasa mahu membantu golongan peniaga di musim perayaan ini.

“Tak salah untuk saya pilih jenama yang bukan berniaga di Kuala Lumpur. Semoga pemilihan saya ini akan membuka ruang lebih luas buat mereka,” ujarnya.

Sumber: kosmo

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*