Detik cemas, anak Issey hampir dirempuh kereta mengundur laju

Selebriti Issey Fazlisham telah muatnaik tiga video menunjukkan detik cemas anaknya hampir dirempuh oleh sebuah kereta yang dalam keadaan berundur.

Kejadian berkenaan terjadi di sebuah kedai menjual makanan haiwan yang terletak di Puncak Alam.

Melalui video berkenaan, anak lelaki Issey berada di dalam kedai berhampiran dengan pintu, dan jelas sedikit lagi hampir dirempuh kereta berkenaan.

Semasa kejadian, isteri dan dua anak serta anak saudaranya berada di dalam kedai tersebut.

“Semasa kejadian ini, isteri saya bersama anak buah, Umaira dan Iyyen ada dalam kedai. Aimi masa tu tengah memilih barangan keperluan kucing.”

“Dan anak saya yang paling hampir ketika kejadian terjadi.”

Kereta berkenaan telah berundur secara tidak sengaja dan telah melanggar seorang kanak-kanak yang berada dibelakang kereta terbabit.

Issey kemudian mendedahkan anak lelakinya itu selamat, dan tidak tercedera.

“Syukur alhamdulillah, Allah telah pun melindungi kami sekeluarga.”

“Kecederaan berlaku pada mangsa di luar kedai itu. Katanya kanak-kanak itu terus dirawat di hospital dan telah mengalami kecederaan ringan.”

“Syukur alhamdulillah semuanya selamat. Saya bersimpati dengan apa yang terjadi.”

“Bagi pihak saya dan family, kami syukur tiada apa yang berlaku. Saya doakan untuk masa akan datang supaya semua terhindar dari kemalangan macam ni lagi.”

Issey kemudian menyatakan dia tidak ada ditempat kejadian berlaku dan memuatnaik video tersebut agar semua lebih prihatin dan berhati selepas ini.

“Ketika ini saya tak berada di tempat kejadian.”   

“Tujuan saya muat naik video ini supaya kita semua jadi lebih berhati-hati. Saya berharap kita semua tak ada buat sebarang spekulasi kepada pemandu dan juga mangsa.” 

Sementara itu, Issey menjelaskan keluarga kepada pemandu kereta berkenaan juga ada menghubunginya untuk meminta maaf di atas kejadian ini.

“Pihak keluarga pemandu pun ada hubungi saya untuk meminta maaf. Saya mendoakan semuanya dipermudahkan.”

Video di instagram

Kata Issey lagi, semua hal ini dah pun selesai dengan bantuan polis dan yang penting menyarankan semua pihak untuk berhati hati selepas ini.

Sumber : news-tel

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

 

Related Posts