Allahyarham Humaiira Repost Hantaran Tentang Kem4tian 4 Hari Sebelum M4ut Kemal4ngan

Seakan-akan memberikan petanda awal, Allahyarham Humaira yang maut akibat kemalangan di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, pada Sabtu ada mengulang siar video TikTok berkaitan kematian beberapa hari lalu.

Humaira atau nama sebenarnya Nuraisyatul Humairah Mohd Radzi, 20, mengulang siar hantaran tersebut sebelum dilaporkan terlibat dalam kemalangan nahas.

Hantaran berkenaan mengenai doa untuk meminta taubat sebelum meninggal dunia. Perkongsian lain adalah berkaitan pesanan untuk memadam foto-foto di media sosial jika seseorang itu meninggal dunia selain meminta agar aib si mati disimpan.

“Nanti waktu aku meninggal, boleh tak aku nak pinjam 5 minit dari kau. Tolong hapuskan gambar aku yang nampak aurat.

“Jangan ucap dan cerita perkara yang tiada kaitan, cukup ucap Innalillahiwainnailahirajiun.

“Bila datang melawat aku, jangan lupa sedekahkan al-fatihah dan surh 3 qul tau. Jangan nangis-nangis.

“Tolong simpan aib aku yang banyak itu dan jangan ghibahi aku.

“Doa pada Allah semoga kita dapat bertemu lagi di syurga nanti.

“Kita tak tahu siapa dulu yang pergi, jika aku banyak salah aku minta maaf zahir dan batin. Aku sayang kau,” maklum hantaran berkenaan.

Terdahulu, penyanyi Reedzwann bersama mangsa difahamkan sedang dalam perjalanan dari Jelutong, Pulau Pinang menuju ke Puchong, Selangor.

Penyanyi Reedzwann Terlibat Kemalangan, Rakan Maut

Penyanyi Reedzwann, 23, terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, Perak pada Sabtu.

Dalam kejadian itu, rakannya yang juga penumpang hadapan MPV jenis Nissan Serena, Nuraisyatul Humairah Mohd Radzi, 20, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, Reedzwann atau nama sebenarnya Muhammad Khairol Ridhuan Khairol Husni bersama mangsa dalam perjalanan dari Jelutong, Pulau Pinang menuju ke Puchong, Selangor.

“Siasatan awal mendapati MPV terbabit cuba mengelak lori jenis Hino Rigid yang berada dihadapannya lalu melanggar bahagian belakang kanan kenderaan terbabit.

“Akibat perlanggaran tersebut, kedua-dua kenderaan telah terpusing dan terbabas. Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Menurut beliau, dua kelindan lori berusia 20 dan 27 tahun mengalami kecederaan telah dihantar ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan lanjut.

“Mayat mangsa dihantar ke hospital sama untuk dibedah siasat manakala pemandu MPV dan pemandu lori berusia 43 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan manakala

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*