KUANTAN – Ahli keluarga kepada Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, 25, kelihatan hiba selepas selesai urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis di sini, pada Khamis.
Abang kepada Nur Farah Kartini, Mohd Farriza Amir, 28, bersama ibu dan ahli keluarganya berkumpul di tepi pusara sebagai kenangan terakhir.
Mereka dilihat berpelukan dan menitiskan air mata, namun reda dengan pemergian Nur Farah Kartini selepas ditemui meninggal dunia selepas dilaporkan hilang pada 11 Julai lalu.
Mohd Farriza berkata, seluruh ahli keluarga bersyukur kerana urusan pengebumian arwah adiknya berjalan lancar dan dipermudahkan serta memohon orang ramai mendoakan Allahyarham.
“Saya minta doakan adik saya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya selepas ditemui pemberita selepas selepas upacara pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis, di sini pada Khamis.
Mohd Nizar (kanan) bertemu dengan ahli keluarga Allahyarham Nur Farah Kartini selepas upacara pengebumian selesai di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis di sini pada Khamis
Mohd Nizar (kanan) bertemu dengan ahli keluarga Allahyarham Nur Farah Kartini selepas upacara pengebumian selesai di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis di sini pada Khamis
Menjawab lokasi pengebumian Allahyarham Nur Farah Kartini di Pekan, Mohd Farriza menjelaskan ia bagi memudahkan urusan pengebumian.
Pengebumian Allahyarham yang berasal dari Miri, Sarawak dan merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu selesai kira-kira jam 5.20 petang.
Terdahulu, jasad Nur Farah dibawa dari Hospital Sungai Buloh, Selangor, pada jam 2.05 petang dan tiba tanah perkuburan di sini, kira-kira jam 5 petang.
Orang ramai dilihat mula bersurai di tanah perkuburan itu kira-kira jam 6 petang.
Ketibaan jenazah turut diiringi kenderaan pengiring polis serta ahli keluarga di mana sekitar 400 ahli keluarga, saudara mara dan kenalan serta penduduk
Hadir sama wakil Kerajaan Negeri Pahang, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi, Inovasi dan Alam Sekitar, Datuk Mohamad Nizar Najib.
Mohd Farriza Amir bersyukur urusan pengebumian jenazah adiknya lancar dan dipermudahkan.
Berdasarkan rekod, proses bedah siasat ke atas mayat Nur Farah Kartini dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh selesai pada Selasa jam 6.10 petang.
Urusan tuntutan jenazah Nur Farah Kartini dilakukan selepas hasil keputusan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) yang diperoleh pihak polis, pada Khamis.
Sinar Harian pada Isnin melaporkan mayat Nur Farah Kartini dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang.
Susulan itu, suspek lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis ditahan pada hari yang sama.
Suspek kemudian direman tujuh hari 22 Julai depan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Kehilangan mangsa dilaporkan pada 11 Julai susulan satu laporan polis bersangkut kes Tanjung Malim, Perak, selepas sehari menghantar kereta sewa di Taman Universiti, Tanjung Malim
Kerajaan tawar khidmat kaunseling kepada keluarga Nur Farah
Lukanisman ketika ditemui pemberita selepas menziarahi ahli keluarga dipercayai waris serta ibu kepada Nur Farah Kartini Abdullah untuk pengecaman mangsa di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh hari ini. FOTO BERNAMA
Kuala Lumpur: Kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan khidmat kaunseling kepada keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati dibunuh di ladang kelapa sawit Kampung Seri Keledang, Hulu Selangor, Isnin lalu.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, keluarga tentunya dalam keadaan trauma dengan insiden tragis yang menimpa mangsa.
“Saya berjumpa dengan keluarga Allahyarham untuk memenangkan mereka, saya dapat bercakap dengan ibu dan abang Allahyarham. Saya juga menawarkan perkhidmatan psiko sosial dan kaunseling ‘post trauma’ yang akan berlaku kepada ahli keluarga,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Sungai Buloh (HSB) di sini, hari ini.
Beliau yang tiba jam 12.15 tengah hari bersama beberapa pegawainya meluangkan masa hampir satu jam berjumpa dengan ahli keluarga Nur Farah di Unit Forensik hospital berkenaan.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Sibuti itu berkata, beliau berasakan terdapat keperluan untuk menuntut keadilan terhadap mangsa dan mengharapkan polis menjalankan siasatan rapi sekaligus menyelesaikan kes itu.
“Semasa pertemuan dengan keluarga, saya turut menyampaikan ucapan takziah daripada Menteri Kesihatan dan seluruh ahli parlimen Sarawak kepada keluarga.
“Ketika ini proses pengurusan jenazah sedang berjalan dan jenazah akan dikebumikan di kampung kakak ipar di Pekan, Pahang,” katanya.
Terdahulu, mayat wanita ditemukan mati dipercayai dibunuh di ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor, disahkan Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, ia hasil keputusan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) yang diperoleh pihaknya hari ini.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply